RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Tarikh : 25. Mac . 2012
Masa : 8.30 - 9.00
Tahun : 3 Elit
Bilangan Murid : 35 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Cerita Teladan
Tajuk : Sang Kancil Dengan Sang Belang
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 ( i )
Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
Fokus Sampingan :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tungal, dan ayat majmuk.
Aras 2 ( i )
Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid akan dapat :
· Murid dapat mengenalpasti teks dialog.
· Murid dapat membaca dialog dalam intonasi dan sebutan yang betul.
· Murid dapat menyalin semula 4 ayat seruan yang terdapat dalam dialog.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : Kata Seru
Kosa kata : amanah, kebenaran, beredar, rimbunan
Pengisian Kurikulum :
Ilmu - Pend. Moral
Nilai - amanah
Kemahiran Nilai Bertambah :
Kemahiran Berfikir : Membuat Inferen
Teori Kecergasan Pelbagai : Interpesonal Verbal
Bahan Bantu Mengajar :
Komputer riba, Topeng, Kad Dialog
Pengetahuan Sedia Ada Murid :
Pernah membaca buku cerita teladan.
2
Langkah / Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan | |||||
Set Induksi ( 3 minit ) | Teka –teki
| 1. Guru menayangkan teka- teki berbentuk pantun. 2. Guru meminta murid membaca teka-teki itu bersama-sama. 3. Murid cuba mencari jawapan teka-teki tersebut secara individu. | BBM : Power Point Teknik: Kelas Nilai : Berani | |||||
Langkah 1 ( 2 minit ) | Memperkenalkan watak dalam cerita. i. Sang Kancil ii. Sang Belang
| 1. Guru meminta murid mengenal pasti topeng. i. Sang Kancil ii. Sang Belang 2. Guru mengaitkan topeng dengan pengajaran hari ini. | BBM : Topeng Teknik : Sumbangsaran Nilai : Berani | |||||
Langkah / Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan | |||||
Langkah 2 (5 minit) | Tayangan Teks Dialog di layar.
| 1. Guru pecahkan murid kepada dua kumpulan. Watak kancil dan watak harimau 1. Guru mengedarkan lembaran dialog dan menayangkan teks dialog di layar. 2. Guru melatih tubi murid membaca dialog dengan suara, sebutan, dan intonasi yang betul. 3. Murid membaca dialog secara kumpulan dan kelas. | BBM : Komputer riba Teks Dialog Teknik : Kumpulan Kelas Nilai : Kerjasama | |||||
Langkah 3 (10 minit ) | Baca dialog `Sang Kancil Dengan Sang Belang ‘
| 1. Guru memilih 3 orang yang berbakat di beri kad dialog untuk baca dihadapan kelas. 2. Murid yang terpilih membaca dialog dengan intonasi dan sebutan seperti yang telah dibimbing guru. 3. Aktiviti ini diulang semula pada pasangan murid yang lain. | BBM : Kad Dialog Topeng Teknik : Teater Membaca KBT : Teori Kecergasan | |||||
Langkah / Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan | |||||
Langkah 4 ( 7 minit ) | 1.Kata Seru
| 1. Guru meminta murid senarai Kata Seru yang terdapat dalam teks dialog. 2. Guru menerangkan tentang situasi bagi penggunaan kata seru. Contoh : Cis - marah Wah - kagum Eh - hairan Hai - menyapa 3. Guru meminta murid menyalin Semula ayat seruan kedalam buku latihan. | BBM : Kad Kata Seru Teknik : Individu Nilai : Berani KBT : Menganalisis | |||||
Penutup ( 5minit ) | Pengajaran daripada cerita tersebut. | 1. Guru dan murid menyatakan Pengajaran daripda cerita Sang kancil dan harimau. | BBM : Kad Dialog Teknik : Kumpulan Nilai : Berani, Berusaha |
Sang Kancil dan Sang Belang
Pencerita : Pada suatu hari yang panas didalam sebuah hutan
Terdapat seekor kancil sedang berehat di bawah pokok.
Tanpa disedarinya ia diintai oleh Sang Belang. Tiba – tiba…
Sang Belang : Hai, sahabatku ! Kamu sedang berehat seorang diri ke?
Boleh saya temankan ?
Sang Kancil : Eh, Pak Belang ! Dari mana hendak ke mana ?
Sang Belang: Saja hendak temankan awak.
Sang Kancil : Oh, terima kasihlah Pak Belang, kerana saya ada tugas
yang diamanahkan pada saya oleh Raja Sulaiman !
Sang Belang: Apakah tugas kamu Sang Kancil?
Sang Kancil : Shtt…, jangan bising! Pak Belang tak nampak ke tali
pinggang batik. Ini kepunyaan Raja Sulaiman, saya perlu menjaganya dengan baik supaya tidak hilang. ( Sambil menunjukkan ular sawa yang sedang tidur nyenyak.)
Sang Belang: Kamu memang seorang yang amanah, tetapi kita sudah
lama kenal aku belum pernah pakai tali pinggang. Jika aku pakai tentu bertambah segak lagi bergaya.
Sang Kancil : Wah, kau tentu bergaya! Tetapi tali pinggang ini milik Raja
Sulaiman, raja kita. Tentu saya dihukum jika membenarkan kamu memakai tanpa kebenarannya.
Sang Belang: Cis, bedebah Sang Kancil !. Aku hendak memakainya
sekejap saja. ( Dengan nada marah. )
Sang Kancil : Tak boleh ! Tapi kerana engkau sahabatku aku akan cuba
meminta kebenaran dari Raja Sulaiman.
Pencerita : Sang Kancilpun beredar agak jauh dari Sang Belang dan
bersembunyi di sebalik rimbunan buluh, lalu berteriak….
Sang Kancil : Pak Belang ! Pak Belang ! Baginda beri kebenaran untuk
memakai tali pinggang itu.
Pencerita : Apa lagi, Sang Belangpun mengangkat ular sawa dan
dibelitnya di pinggang. Ular sawa yang terkejut dari
tidur terus membelit Sang Belang. Sang Belang
yang mulanya seronok dapat memakai tali pinggang
itu akhirnya tertipu dan mati dibelit ular sawa.
Sang Kancil yang kecil dapat menyelamatkan diri daripada
dimakan Sang Belang kerana kepintarannya.
Dalam daun ada ulat, Ulat mati dimakan lipas, Gelap, besar serta kuat, Telinga boleh dibuat kipas. Jawapan : Pergi minum di Kedai Pak Tam, Minum bersama En. Manan, Badan berbelang kuning hitam, Daging jua menjadi makanan. Jawapan : Demam panas mengigil-gigil, Bila berjalan terketar-ketar, Walaupun badannya kecil, Namun otaknya sangat pintar. Jawapan : |
1.Kata Seru
Hai |
Wah |
Eh |
Oh |
Cis |